Kongres Amerika Syarikat ke-110

Kongres Amerika Syarikat Ke-110 merupakan sidang Badan Perundangan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang bermula pada 4 Januari 2007 dan akan berlangsung sehingga 3 Januari 2009. Daripada 435 ahli Dewan Perwakilan, 433 ahli dipilih pada 7 November 2006, dengan dua ahli yang lain dipilih dalam pemilihan kedua yang diadakan pada Disember 2006. Para senator Amerika Syarikat dipilih dengan penggal yang berselang seli: 33 daripada 100 ahli telah dipilih dalam pilihan raya 7 November 2006, dengan bakinya dipilih pada tahun 2002 dan tahun 2004. Parti Demokrat memperoleh majoriti dalam kedua-dua dewan buat kali pertama sejak Kongres Ke-103 (19931995). Tiada sebarang kerusi Parti Demokrat dikalahkan kepada Parti Republikan dalam pilihan-pilihan raya untuk Kongres Ke-110. [1] Apabila Kongres Ke-110 mula bersidang, Nancy Pelosi, ahli Parti Demokrat, menjadi wanita pertama untuk berkhidmat sebagai Speaker Dewan, dengan Keith Ellison merupakan orang Muslim yang pertama di dalam Kongres, dan Mazie Hirono serta Hank Johnson merupakan penganut-penganut Buddhisme yang pertama. [2]

Rujukan

WikiPedia: Kongres Amerika Syarikat ke-110 http://news.asianweek.com/news/view_article.html?a... http://www.azstarnet.com/metro/156232 http://www.cbsnews.com/stories/2006/12/18/2006/mai... http://www.cnn.com/POLITICS/blogs/politicalticker/... http://www.cqpolitics.com/2006/11/for_those_of_you... http://www.cqpolitics.com/2006/12/jennings_officia... http://www.hillnews.com/thehill/export/TheHill/New... http://elections.us.reuters.com/top/news/usnN08481... http://www.rollcall.com/issues/1_1/breakingnews/16... http://sfgate.com/cgi-bin/article.cgi?f=/c/a/2006/...